Friday, September 28, 2012

PENGHARGAAN UNTUK SI KUNANG-KUNANG PART II




SEDAR DAN TERLAMBAT………….

Tempoh yang lama maka aku sedar

Matahari itu tidak ada bersama aku di waktu malam

Tapi kunang-kunang ada

Matahari ada di waktu siang

Tapi kunang-kunang ada juga

Matahari kurang menyerlah di kala hujan

Tapi kunang-kunang itu tetap menyerlah walaupun dia kuyup dek hujan kerana aku

Dan…masih lagi bercahaya walaupun malap

Masih untuk aku juga

Terlambat untuk aku sedar

Allah telah berikan kunang-kunang itu kepada orang lain

Kerana aku tidak reti menghargai

Maka Allah tarik balik pemberianNya itu

Kerana aku tidak sedar walaupun sekecil itu

Dia mampu menggembirakan aku

Mampu menghiburkan

Mampu meluruskan aku

Mampu membuat aku melihat jalan

Mampu membuat aku kenal hidup

Walaupun hanya dengan cahaya kecilnya

Sudah terlambat.................



KINI…

Hanya ku lihat kau bersama orang lain

Gembira bersama orang itu yang mampu menghargai kau

Kau terbang ke sana ke mari bersamanya dan menyanyi lagu gembira

Tapi kali ini kau tidak setia kepada satu seperti kau setia kepada aku

Tapi kau setia kepada banyak

Kau katakan itu skil dari aku

Iya, mungkin dari aku kerana masa itu aku tidak tahu menghargai

Kerana yang banyak itu menghargai kau

Maka lebih banyak lagu kegembiraan yang aku dengar

Aku mampu dengar lagu kegembiraan itu dari jauh

Aku gembira untuk kau wahai kunang-kunang

Aku gembira lihat kau bergembira bersama yang banyak itu

tetapi gembira itu seiring bersama nada menyesal

Baru kini ku tahu nilai menghargai

Sangat-sangat lah tinggi

Teramat-amatlah tinggi

Seumur hidup peringatannya

kini aku sedang membayar harga peringatan MENGHARGAI

Walau hanya untuk sekecil kunang-kunang.......



Bersambung..................................................



Thursday, September 27, 2012

PENGHARGAAN UNTUK SI KUNANG-KUNANG YANG SUDAH TERLAMBAT.



The precious thing you ever had hanya lah sekali seumur hidup

SILA HARGAI...!

Aku ingatkan...SILA HARGAI..!

Kerana kalau kau kehilangan kau takkan dapat lagi
kalau hidup kau bertuah mungkin dua atau tiga kali lagi kau akan dapat

ITU PUN KALAU…!

Pernah terima?

Iya, aku pernah terima that precious thing

But at that time aku terlalu buta untuk menghargai

Iya, BUTA..!

Yang aku lihat pada dia ketika itu hanyalah 

Seperti kunang-kunang cantik berkelip-kelip untuk ku waktu  malam

Ternyata ia menghiburkan dan menyenangkan

Yang aku lihat sepertinya dia terhegeh-hegeh terbang bersama ku

Yang aku fikir dia tetap akan selamanya terhegeh begitu bersama aku

apa yang aku buat dia tetap bersama aku..

Untuk temani aku

tapi aku salah percaturan itu

Itulah ironi manusia tidak pandai menghargai

Dan tiba siang seperti aku melupakannya kerana aku mencari matahari

Seperti yang diceritakan oleh manusia-manusia lain bahawa matahari itu sempurna

Saban hari aku mencari dan menghadap matahari tanpa sekelumit penghargaan buat si kunang-kunang 
sebelahku

Kerana cahaya matahari itu lebih terang maka kunang-kunang itu aku lupakan 

Aku mencari cahaya matahari yang terik panas itu tanpa melihat cahaya kunang-kunang

Aku sakit mencari  matahari tapi masih buta untuk melihat kunang-kunang yang menyenangkan itu

Saban hari dia bersamaku..walaupun di siang hari

walaupun di kala hujan

Tetapi aku kurang sedar..bukan kurang tapi TIDAK SEDAR..!

Iya, itu cerita TAK RETI UNTUK MENGHARGAI





tempoh yang lama maka akhirnya aku sedar...............

Bersambung ……………...................