Sunday, June 16, 2013

Sebelum menghukum...

Sebelum menghukum dan menyebarkan situasi manusia pastikan kau cukup FAHAM...

Ape sebenarnya yang berlaku..?
Ape yang buat dia jadi begitu..?
Ape yang dah di lalui..?
Bagaimana berlaku..?
Bila berlaku..?
Kenapa berlaku begitu..?
Siapa dia..?
Siapa yang terlibat?

Pastikan menghukum ketika persoalan diatas terjawab sepenuhnya tanpa ragu-ragu..
Jika ragu-ragu lebih baik berdiam diri dan biarkan..jangan jadi manusia pencacai bersama cerita bohong.
Pastikan tidak menghukum ketika otak kau masih berjumud..berlumut..berhabuk dan beserdak.

Dapat?

Kalau tak dapat sila ulang beribu kali sehingga dapat maka boleh Menghukum.

Kalau masih tak dapat tapi masih menyebarkan nya dan tak mahu mencari kebenaran...

Itu Bodoh namanya.

Okbai.

Wednesday, June 5, 2013

Pesan Pada Diri.

Pesan pada diri mesti usaha sampai berjaya.

Pesan pada diri mesti usaha tanpa sia-sia.

Pesan pada diri mesti usaha tanpa malas.

Pesan pada diri mesti usaha tanpa malu tak berasas.

Pesan pada diri mesti usaha bersama doa.

Pesan pada diri mesti usaha bersama kreativiti dan akal.

Pesan pada diri solat jangan tinggal.

Pesan pada diri jangan langgar hukum Allah.

Pesan pada diri mesti usaha untuk berubah.

Pesan pada diri mesti usaha tanpa berhenti tengah jalan.

Pesan pada diri mesti usaha sehingga selesai.

Pesan pada diri mesti usaha bersama jawapan untuk setiap halangan.

Pesan pada diri setiap halangan adalah sumber inspirasi.

Pesan pada diri jangan peduli manusia yang cuba menjatuhkan.

Pesan pada diri jangan jadi manusia pendengki.

Pesan pada diri berterima kasih kepada yang membantu.

Pesan pada diri mesti kuat walau tiada siapa sudi untuk disisi.

Pesan pada diri jangan mudah lupa diri.

Pesan pada diri mesti yakin akan berjaya.

Pesan pada diri jika tidak berjaya, boleh juga Allah telah rancang sesuatu yang lebih baik.

Pastikan pesan....

Okbai.