Thursday, July 18, 2013

Petang yang bosan

Penah rase bosan? Semua penah rase..sekarang aku bosan..masak dh siap..sedia semu dah..ape lagi nak di buat..ade jugak aku tido kang..

Baring dan menaip2..taktau nak taip ape..maka aku menaip aku bosan..

Arini berbuka mee kari..air jus oren...
.kuih sikit..tu jela..

Ape lagi aku nak taip tah..bosannnn..blur..

Atau sebenarnya otak aku blur kot..cm kosong jap..banyak sangat fikir sampai kosong..

Eh boleh lak camtu...errrkkk..

Bosan

Nah gamba cektam..mengada..menggedik..

Okbai.

Tuesday, July 16, 2013

Manusia dan cukup.

Manusia pernah rasa cukup?

Selalu dengar...
Rumah dah besar nak besarkan lagi..
Kereta dah besar nak lagi besar tapi org tak prnah pulak beli lori..
Emas dh banyak nak di tambah banyak lagi..
Duit dh banyak nak banyakkan lagi..
Baju dah banyak, beli lagi..
Henset dah paling canggih nak cari lagi canggih..
Istri dh ade nak tambah lagi..sunah katanye..tapi yang wajib pon tidak berpasak lagi..
Eh dah banyak aku mengumpat..tapi cerita best ni..
Seringkali keluh kesahnya tidak cukup...

Jarang pulak dengar..
Mengaji tak banyak page..nak banyakkan lagi.
Solat tak ckup 5 waktu nak cukupkan 5..
Solat sunat banyak kali buat tapi nak banyakkan lagi..
Sedekah banyak kali tapi nak sedekah banyak2 lagi..
Zikir dh banyak tapi nak banyakkan lagi..
Jarang pula yang mengeluh tak cukup..

Itu ironi manusia..
Tidak semua..tetapi ada..
M.a.n.u.s.ia.

Okbai.

Sunday, June 16, 2013

Sebelum menghukum...

Sebelum menghukum dan menyebarkan situasi manusia pastikan kau cukup FAHAM...

Ape sebenarnya yang berlaku..?
Ape yang buat dia jadi begitu..?
Ape yang dah di lalui..?
Bagaimana berlaku..?
Bila berlaku..?
Kenapa berlaku begitu..?
Siapa dia..?
Siapa yang terlibat?

Pastikan menghukum ketika persoalan diatas terjawab sepenuhnya tanpa ragu-ragu..
Jika ragu-ragu lebih baik berdiam diri dan biarkan..jangan jadi manusia pencacai bersama cerita bohong.
Pastikan tidak menghukum ketika otak kau masih berjumud..berlumut..berhabuk dan beserdak.

Dapat?

Kalau tak dapat sila ulang beribu kali sehingga dapat maka boleh Menghukum.

Kalau masih tak dapat tapi masih menyebarkan nya dan tak mahu mencari kebenaran...

Itu Bodoh namanya.

Okbai.

Wednesday, June 5, 2013

Pesan Pada Diri.

Pesan pada diri mesti usaha sampai berjaya.

Pesan pada diri mesti usaha tanpa sia-sia.

Pesan pada diri mesti usaha tanpa malas.

Pesan pada diri mesti usaha tanpa malu tak berasas.

Pesan pada diri mesti usaha bersama doa.

Pesan pada diri mesti usaha bersama kreativiti dan akal.

Pesan pada diri solat jangan tinggal.

Pesan pada diri jangan langgar hukum Allah.

Pesan pada diri mesti usaha untuk berubah.

Pesan pada diri mesti usaha tanpa berhenti tengah jalan.

Pesan pada diri mesti usaha sehingga selesai.

Pesan pada diri mesti usaha bersama jawapan untuk setiap halangan.

Pesan pada diri setiap halangan adalah sumber inspirasi.

Pesan pada diri jangan peduli manusia yang cuba menjatuhkan.

Pesan pada diri jangan jadi manusia pendengki.

Pesan pada diri berterima kasih kepada yang membantu.

Pesan pada diri mesti kuat walau tiada siapa sudi untuk disisi.

Pesan pada diri jangan mudah lupa diri.

Pesan pada diri mesti yakin akan berjaya.

Pesan pada diri jika tidak berjaya, boleh juga Allah telah rancang sesuatu yang lebih baik.

Pastikan pesan....

Okbai.