Sunday, December 23, 2012

Kisah Dongeng Ibu


Nah ni kesah dongeng ibu pulak. Ibu dan bapa saya sangat suka berdongeng masa saya lagi kicik-kicik kamu tahu. So suweeettt. Itu yang akan aku buat kat anak-anak aku puler. *senyum, angkat kening sebelah*

Kali ni dongeng mengenai kutu puler. Kamu tahu itu apa kutu? Ia adalah binatang comel sebab dia kecik dan dia juga binatang keji sebab amik darah orang, amat mudah dibiakkan dan juga boleh di kongsi bersama kawan-kawan. Tu part paling sweet bersama kawan-kawan masa kecik ko tahu. Cerita dongeng ini bermula sejak aku sekolah tadika. Meh aku citer pasal aku skola tadika dulu. Aku ni dah hadap muke cikgu sejak umo 3 tahun lagi mungkin sebab ibu menyampah aku dok rumah kot. Aku ni kecik-kecik degil dan dah tentu aku selalu mengganggu ketentraman hidup ibu yang sibuk nak setelkan kerja rumah. Okey bapak dan ibu setuju hantar aku ke tadika bagi ade akai sikit anak dia nih.

Tadika aku ni heaven boleh tahan la every week ade aktiviti mandi kolam,ye Jemah aku paling suka bab bermandi manda ni je. Dan salah satu sebab heaven boleh tahan tu sebab sekolah tu adalah 1 Malaysia. Macam-macam rupe bentuk umat aku jumpa and serius tak bosan. Yeah di sini lah bermulah kisah kutu itu. Kat situ aku tak pakai tudung maka senanglah berkongsi kutu itu. Aku tidak terlepas kene tempias perkongsian beramai-ramai binatang comel tu. Haa..ni baru masuk balik bab kutu. Sudah aku katakan aku memang suka merepek dulu. Balik je rumah ibu perasan ade kutu atas kepala aku masa dia sikat rambut aku. Maka ibu mulakan bacaan kitab sanskrit tanpa baris dia hanya untuk KUTU itu. Hanya untuk kutu itu. Untuk kutu hey..!   Senget sebelah jugaklah aku dengarkan. So ibu nak sikat pakai sikat kutu yang rapat-rapat tu, aku tanak. Ibu nak letak syampoo untuk kutu pun aku tanak. Ibu nak cari kutu pon aku tak serahkan kepala aku juga. Aku manusia degil.

Ibu takde idea laen lagi selaen berikan aku sedikit cerita dongeng yang epic itu. Ibu cakap " kalau kamu taknak buang kutu tu nanti dia beranak banyak diorang terbangkan kamu malam-malam naek atas pokok. Nanti kalau kutu dah angkat kamu naek atas pokok ibu dah takleh tolong nanti kamu jadi la anak kutu tu sebab kutu tu nak kamu jadi anak dia." Aku ni walaupun degil tapi penakut boleh tahan dengan itu menyerahkan kepala aku. Surrender sebab aku tanak jadi anak kutu. Nah tengok betapa ibu mendongengkan aku dengan kisah kutu tu sebab aku degil. Bila aku besar baru aku sedar 1. kutu mane nak naek pokok haa dah duduknye kat kepala menghisap darah ats kepala manusia. Manusia kau tahu.! 2. Mane datang pulok sayap si kutu tu ha nak terbangkan aku 3. Part paling epic dongeng mak aku, dia kata kutu tu nak aku jadi anak dia amat bertuah kalo kutu tu sanggop nak jadikan aku nak dia kenn.

meh la bela kutu ramai-ramai :)

abes.kbai.!

Wednesday, December 19, 2012

Kisah Dongeng Bapak.


Wahhh..arini kisah berdongeng puler...

Alkisah..masa aku tengah buat keje tadi.. tiba-tiba teringat kisah dongeng bapak aku masa aku kecik rasenye masa tu darjah 1 tengah buat homework. Rajen jugak aku ni dulu. Masa aku kecik-kecik dulu memang teringin nk tulisan sambung-sambung..macam orang besau katanya. Jadi aku mintak khidmat nasihat Pak Amran tentang tulisan sambung-sambung itu. Maka bermulalah kisah dongeng bapak aku. Katanya perlu buat corak-corak begini selalu supaya tangan jadi lembut untuk menulis. Yelah masa darjah satu dah tentu tulisan kau pon seperti cacing yang tak dapat dibezakan.

Anda mau tahu ape yang bapak aku suruh buat?


Lebih kurang macam tu la bapak aku conteng. Bapak kata buat banyak-banyak dan selalu nanti tangan lembut boleh tulis sambung-sambung.

Aku pon ape lagi dengan semangat yang membakar dalam dada menconteng dan berlatih bagai. Setiap hari buat dan tak pernah miss konon-konon nak tulisan sambung macam bapak katanya.

hari pertama...semangat...!
hari kedua.....semangat..!
hari ketiga...masih semangat..!
hari keempat.. err..semangat lagi..!
hari kelima..errr..errr...ehh semangattt..!
hari keenam..tulisan masih sama..tetap satu-satu tanpa bersambung..
hari ketujuh,,,stoppp..malas nak buat da..hahaha.,

Lama-lama benda tu hilang ditelan zaman..

Haaahhhh..tiba-tiba tengah nulis tadi yg terpikirnye haa..eh tulisan aku sambung dh ekk. Macam mana bole sambung?? sejak bila??

Yang aku sadar, sejak aku membesar ni aku membesar menjadi manusia pemalas dan sume kije mesti mau kasi sanang, tak perlu bersusah payah dan perfect.


MALAS?

Yeah kalau kau nak tau, kau hanya perlukan sikap yang MALAS semasa menulis..chaaaa...lagi tebal sikap MALAS engkau maka lagi bersambung-sambung lah tulisan engkau itu.

bole cube buat eksperimen ye kawan-kawan.

Wahh..kenapa tidak bapak katakan dari dulu lagi kau perlukan sikap pemalas semasa menulis wahai anakku..kalau tak mesti dari dolu lagi tulisan aku sudah bersambung.

Tapi sekarang dah tak heran..asal ado tulisan and orang laen tak perlu telan ubat batuk untuk pahamkan tulisan aku pon dah cukup..tak kuasa aku nak mikir lelebih.


abes.kbai..!








Saturday, November 17, 2012

Last part si Kunang-Kunang


Yeah this is the last part of kunang-kunang

Aku doakan kau wahai kunang-kunang tetap bahagia

Walau di mana engkau berada

tapi bila aku jumpa manusia jahat

Aku akan teringat kau

Macam mana kau bole tahan dengan aku yang jahat dulu

Macam mana kau bole kuat hati melayan perangai aku yang menyusahkan kau

Macam mana kau bole sabar dengan aku

Macam mana..macam mana dan macam mana....??

Tapi jawapan kau simple je

Sebab SAYANG

Kau cakap dengan sayang semua boleh

Bodoh

Kau bodoh atau aku bodoh

Aku teringin jadi seperti kau

Tapi aku tak mampu

Sebab aku adalah aku dan bukan kau

Aku malas nak taip lagi

kalau ada jodoh kite akan berjumpa lagi

Aku doakan semoga tercapai segala cita-cita yang kau senaraikan pada aku dulu

Assalamualaikum








Friday, September 28, 2012

PENGHARGAAN UNTUK SI KUNANG-KUNANG PART II




SEDAR DAN TERLAMBAT………….

Tempoh yang lama maka aku sedar

Matahari itu tidak ada bersama aku di waktu malam

Tapi kunang-kunang ada

Matahari ada di waktu siang

Tapi kunang-kunang ada juga

Matahari kurang menyerlah di kala hujan

Tapi kunang-kunang itu tetap menyerlah walaupun dia kuyup dek hujan kerana aku

Dan…masih lagi bercahaya walaupun malap

Masih untuk aku juga

Terlambat untuk aku sedar

Allah telah berikan kunang-kunang itu kepada orang lain

Kerana aku tidak reti menghargai

Maka Allah tarik balik pemberianNya itu

Kerana aku tidak sedar walaupun sekecil itu

Dia mampu menggembirakan aku

Mampu menghiburkan

Mampu meluruskan aku

Mampu membuat aku melihat jalan

Mampu membuat aku kenal hidup

Walaupun hanya dengan cahaya kecilnya

Sudah terlambat.................



KINI…

Hanya ku lihat kau bersama orang lain

Gembira bersama orang itu yang mampu menghargai kau

Kau terbang ke sana ke mari bersamanya dan menyanyi lagu gembira

Tapi kali ini kau tidak setia kepada satu seperti kau setia kepada aku

Tapi kau setia kepada banyak

Kau katakan itu skil dari aku

Iya, mungkin dari aku kerana masa itu aku tidak tahu menghargai

Kerana yang banyak itu menghargai kau

Maka lebih banyak lagu kegembiraan yang aku dengar

Aku mampu dengar lagu kegembiraan itu dari jauh

Aku gembira untuk kau wahai kunang-kunang

Aku gembira lihat kau bergembira bersama yang banyak itu

tetapi gembira itu seiring bersama nada menyesal

Baru kini ku tahu nilai menghargai

Sangat-sangat lah tinggi

Teramat-amatlah tinggi

Seumur hidup peringatannya

kini aku sedang membayar harga peringatan MENGHARGAI

Walau hanya untuk sekecil kunang-kunang.......



Bersambung..................................................



Thursday, September 27, 2012

PENGHARGAAN UNTUK SI KUNANG-KUNANG YANG SUDAH TERLAMBAT.



The precious thing you ever had hanya lah sekali seumur hidup

SILA HARGAI...!

Aku ingatkan...SILA HARGAI..!

Kerana kalau kau kehilangan kau takkan dapat lagi
kalau hidup kau bertuah mungkin dua atau tiga kali lagi kau akan dapat

ITU PUN KALAU…!

Pernah terima?

Iya, aku pernah terima that precious thing

But at that time aku terlalu buta untuk menghargai

Iya, BUTA..!

Yang aku lihat pada dia ketika itu hanyalah 

Seperti kunang-kunang cantik berkelip-kelip untuk ku waktu  malam

Ternyata ia menghiburkan dan menyenangkan

Yang aku lihat sepertinya dia terhegeh-hegeh terbang bersama ku

Yang aku fikir dia tetap akan selamanya terhegeh begitu bersama aku

apa yang aku buat dia tetap bersama aku..

Untuk temani aku

tapi aku salah percaturan itu

Itulah ironi manusia tidak pandai menghargai

Dan tiba siang seperti aku melupakannya kerana aku mencari matahari

Seperti yang diceritakan oleh manusia-manusia lain bahawa matahari itu sempurna

Saban hari aku mencari dan menghadap matahari tanpa sekelumit penghargaan buat si kunang-kunang 
sebelahku

Kerana cahaya matahari itu lebih terang maka kunang-kunang itu aku lupakan 

Aku mencari cahaya matahari yang terik panas itu tanpa melihat cahaya kunang-kunang

Aku sakit mencari  matahari tapi masih buta untuk melihat kunang-kunang yang menyenangkan itu

Saban hari dia bersamaku..walaupun di siang hari

walaupun di kala hujan

Tetapi aku kurang sedar..bukan kurang tapi TIDAK SEDAR..!

Iya, itu cerita TAK RETI UNTUK MENGHARGAI





tempoh yang lama maka akhirnya aku sedar...............

Bersambung ……………...................

Sunday, July 22, 2012

Shi Pendek Pemangsa Durian

Weee..arini terajen lagi kawan-kawan oi. Mau citer tentang shi pendek saya yang sukakan durian..! Anda minat durian jg kah? mari eja dan baca ye kawan-kawan..Walaupun baru berusia hampir mencecah 3 tahun tapi dia sangat pelahap durian terhandal kamu tahu..! kalau dia membaham durian umpama piranha meratah mangsanya sambil bunyi ap..ap..ap..seram kot~!

Nah sekarang cuma lihat gambar sahaja tak perlu membaca lagi kerana saya tahu anda semua malas untuk membaca. Aku ni lagi la malas nak taip kiah oi..

kiri kanan gune nokkk~

lihat mangsa cuba keluar dari mulutnya.

belek-belek sikit sebelum melahap

lihat sisa-sisa mangsa setelah di lahap


huarghhhhh...nomnomnom   
ok dah siap taip,kbai~!

Tuesday, July 17, 2012

Her Engagement Day - Cik Raihan

Hokey takde mende nak buat maka aku mengarang lagi. Apesal ek aku tetibe mood rajin gila update blog neh. Erm..sindrom mungkin..! almaklum la berkurun tak update.

So arini kite nak............eceyhhh kite gitewww.. ok hakak kome nak update pasal akak punya bestie tunang aritu ye adik2. Tanggal 14 Julai maka dia menerima 2 bentuk cincin dari bakal ibu mertuaku..oi silap..ibu mertuanya..**mampus aku kene ketuk ngn acik rehan kang..kehkeh..

Tak perlu citer banyak bukan korang rajen baca pon kan. Tengok je la pic hasil jari jemari ku..ahakkkss..

bos bg arahan
taktau nak letak caption ape.
Buat keje la..!
Gambar di atas ialah kru2 yg terlibat dalam pembikinan majlis..ramai lagi yang terlibat tapi tak interprem seperti kami.. hahaha .. so nais ..!   :)




ok gambaq-gambaq yang hangpa dok tengok ataih neh ialah orang yang menerima cincin itu.. oh darling u so gorgeous~! muahhh!










yang atas ni pulak antara yang terlibat meramaikan majlis dan memeriahkan majlis.. sume cantek2 n hensem2..kehkehkeh..

ok abes menaip dan mengupload, kbai~!

Monday, July 16, 2012

Kisah si Pendongeng Rakyat

Yeahhhhh..setelah sekurun lama aku tak merapikkk so arini aku nak merapikk mengenai si pendongeng rakyat. Ye korang mesti pelik ape yang aku merapik kan? memang aku merapik pon..!!

Ini adalah mengenai si pendongeng rakyat, mari aku tafsirkan ape itu si pendongeng. Si pendongeng ialah si tukang membuat cerita merapik yang tak masuk akal.

Maka tersebarlah cerita dongeng rakyat yang tak masuk akal yang di buat oleh si pendongeng dengan memasukkan perkara yang merapik mengikut akal kebodohannya sendiri. Wahai si pendongeng sila la gunakan akal fikiran anda untuk membuat jalan cerita dengan lebih bagus. Bergurulah dahulu sebelum menghasilkan ceritera dongeng rakyat anda. Jangan la sampai menampakkan kebodohan dan kekurangan akal serta minda anda. oh anda tiada kerja kah? memang tiada kerja kan tu pasal anda meluangkan masa untuk membuang dongeng rakyat anda. Percaya la aku juga tertipu dengan dongeng rakyat kau tu  tapi kata orang sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua kan. So sepandai-pandai kau berdongeng akhirnya aku tau dongeng kau...!! tadaaaaa~! tapi kau tak tau aku dah tau kisah dongeng sebenar kau kan.

Takpe aku bagi kau masa untuk kau berdongeng wahai si pendongeng. Aku bagi kau masa sampai ia la kau sedar kau berdongeng menggunakan kebodohan akal dan ketiaadaan minda kau tu. Kau sedar tak si pendongeng yang kau dah huru harakan hidup aku dengan cerita-cerita kau tu.

Kepada yang baru nak mencaburi bidang berdongeng sila lupakan hasrat membara anda sebab dongeng akan membuatkan anda kelihatan sangat "tiada kepandaian" dalam  melalui liku-liku hidup anda dan ia akan menyebabkan anda tak berjaya dan hanya terperuk dan terseruk kamu tahu..!


ok dah abes merapik. kbai~!

Friday, May 4, 2012

Doa Untuk Melupakan Perkara yang ingin Dilupakan

Setelah ape yang di tempuh dan dirasai dan berfikir dan bla bla bla.. itu yang buat aku fikir ini lah hidup..! yes hidup.. kalau semua senang..semua orang baik2..takde la syurga neraka kan..ade syurga je kan yop..

Satu je yg selalu aku amalkan untuk sentiasa elakkan aku berprasangka buruk, hasad dengki , sakit hati or melupakan kesalahan2 yg orang lakukan pada aku .. benda ni aku pernah baca sebenarnya untuk melupakan seseorang.. but aku cuba baca untuk hilangkan perkara2 yang aku sebut tadi..so berjaya~! alhamdulillah.. :)

amalkan baca ayat 39 surah ar r'ad 
 
(sambil tangan pegang kepala atau dada (hati) , lepas baca buang kan jauh2) 













yang bermaksud:
Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada "Ibu segala suratan".



ok selamat mencuba..hilangkan sikap2 pelik2 anda yang akan membuatkan anda hilang orang berkepentingan di sekeliling anda..

kbai~!




Wednesday, April 25, 2012

Lama Tak Update

wahhhhhhh..dah lama tak update..

wahhhhh...ade habukkk...

wahhhh...ade labah-labah...

wahhhh....wahhhhh...wahhhhh...

agak2 dah brapa kurun tak update ea..adoi2..

ok dh update ni..

kbai..~!