Kerana Aku Sayang Kau


manusia itu
Aku doakan kau bahagia
Walau di mana engkau berada
tapi bila aku jumpa manusia jahat
Aku akan teringat kau
Macam mana kau bole tahan dengan aku yang jahat dulu
perangai paling buruk aku pernah buat
Macam mana kau kuat hati melayan perangai aku yang menyusahkan kau
setiap kau dengan aku sabar yang keluar
kau tak pernah merungut langsung
marah pun tak pernah
komplen pun tak pernah
apa yang aku minta tak pernah tak tertunai
kau jaga aku baik-baik
kau nasihat aku
Macam mana kau bole sabar dengan aku
Bagaimana? Bagaimana dan bagaimana??
Tapi jawapan kau simple je
Sebab aku sayang kau
Kau cakap dengan sayang semua boleh
Semua boleh? Itu pertanyaan aku.
Waktu itu aku kata kau bodoh
sebab aku tak percaya dengan sayang
dan sekarang,
Kau bodoh atau aku bodoh
ye aku yang bodoh
aku tidak menghargai kau
aku biarkan kau pergi
itu waktu itu
sekarang bayaran aku mengulangi
apa yang kau buat pada aku
sayang, dengan sayang semua boleh
aku dah jadi kau
aku sayang dia macam kau sayang aku
sayang tanpa syarat
kadang kala sakit rupanya
it takes almost 7 years
untuk rasa apa yang kau pernah rasa
aku minta maaf pada kau
aku menyesal
Aku malas nak taip lagi
Aku doakan semoga tercapai segala cita-cita yang kau senaraikan pada aku dulu
aku tau ada separuh kau dah capai









Comments

Popular Posts