Kisah Dongeng Ibu


Nah ni kesah dongeng ibu pulak. Ibu dan bapa saya sangat suka berdongeng masa saya lagi kicik-kicik kamu tahu. So suweeettt. Itu yang akan aku buat kat anak-anak aku puler. *senyum, angkat kening sebelah*

Kali ni dongeng mengenai kutu puler. Kamu tahu itu apa kutu? Ia adalah binatang comel sebab dia kecik dan dia juga binatang keji sebab amik darah orang, amat mudah dibiakkan dan juga boleh di kongsi bersama kawan-kawan. Tu part paling sweet bersama kawan-kawan masa kecik ko tahu. Cerita dongeng ini bermula sejak aku sekolah tadika. Meh aku citer pasal aku skola tadika dulu. Aku ni dah hadap muke cikgu sejak umo 3 tahun lagi mungkin sebab ibu menyampah aku dok rumah kot. Aku ni kecik-kecik degil dan dah tentu aku selalu mengganggu ketentraman hidup ibu yang sibuk nak setelkan kerja rumah. Okey bapak dan ibu setuju hantar aku ke tadika bagi ade akai sikit anak dia nih.

Tadika aku ni heaven boleh tahan la every week ade aktiviti mandi kolam,ye Jemah aku paling suka bab bermandi manda ni je. Dan salah satu sebab heaven boleh tahan tu sebab sekolah tu adalah 1 Malaysia. Macam-macam rupe bentuk umat aku jumpa and serius tak bosan. Yeah di sini lah bermulah kisah kutu itu. Kat situ aku tak pakai tudung maka senanglah berkongsi kutu itu. Aku tidak terlepas kene tempias perkongsian beramai-ramai binatang comel tu. Haa..ni baru masuk balik bab kutu. Sudah aku katakan aku memang suka merepek dulu. Balik je rumah ibu perasan ade kutu atas kepala aku masa dia sikat rambut aku. Maka ibu mulakan bacaan kitab sanskrit tanpa baris dia hanya untuk KUTU itu. Hanya untuk kutu itu. Untuk kutu hey..!   Senget sebelah jugaklah aku dengarkan. So ibu nak sikat pakai sikat kutu yang rapat-rapat tu, aku tanak. Ibu nak letak syampoo untuk kutu pun aku tanak. Ibu nak cari kutu pon aku tak serahkan kepala aku juga. Aku manusia degil.

Ibu takde idea laen lagi selaen berikan aku sedikit cerita dongeng yang epic itu. Ibu cakap " kalau kamu taknak buang kutu tu nanti dia beranak banyak diorang terbangkan kamu malam-malam naek atas pokok. Nanti kalau kutu dah angkat kamu naek atas pokok ibu dah takleh tolong nanti kamu jadi la anak kutu tu sebab kutu tu nak kamu jadi anak dia." Aku ni walaupun degil tapi penakut boleh tahan dengan itu menyerahkan kepala aku. Surrender sebab aku tanak jadi anak kutu. Nah tengok betapa ibu mendongengkan aku dengan kisah kutu tu sebab aku degil. Bila aku besar baru aku sedar 1. kutu mane nak naek pokok haa dah duduknye kat kepala menghisap darah ats kepala manusia. Manusia kau tahu.! 2. Mane datang pulok sayap si kutu tu ha nak terbangkan aku 3. Part paling epic dongeng mak aku, dia kata kutu tu nak aku jadi anak dia amat bertuah kalo kutu tu sanggop nak jadikan aku nak dia kenn.

meh la bela kutu ramai-ramai :)

abes.kbai.!

Comments

Popular Posts